Membaca Itu Mengembara. Benar, boi. Jangan dipersiakan hidup tanpa apa-apa. Membacalah. Membaca adalah satu kenderan kembara yang tidak punya had. Baca dan baca. Tahu-tahu, kau sudah tiba di dunia yang luar biasa!

Friday, March 16, 2018

Sirkus Pohon (Andrea Hirata)

Andrea Hirata - Sirkus Pohon


Sirkus Pohon oleh Andrea Hirata

  1. Saya peminat Andrea. Jadi rating yang saya beri, sedikit sebanyak ada unsur bias. :) 
  2. Dalam Sirkus Pohon, ada banyak cerita dan banyak sekali wataknya (yang namanya berhujung "din"). Jadi kalau mahu membaca, disarankan membaca terus tanpa selang masa yang lama jika terhenti. Melainkan, jika rajin mencatat nota, mungkin membantu. 
  3. Ceritanya tidak kosong. Watak-wataknya mewakilkan sesuatu/seseorang/situasi. Dan diselitkan fakta tanpa menjadik teks kelihatan seperti jurnal akademik. Mendidik (bukan mengajar) secara halus. 
  4. Banyak menggunakan perkataan yang jarang didengar, entah bahasa Belitong atau bahasa Indonesia. Bantuan "google" sangat diperlukan. 
  5. Banyak tanda tanya yang timbul. Seperti cerita yang tidak selesai. Tapi, Sirkus Pohon ini katanya satu siri tetralogi. Aduh! 
  6. Personifakasi (entah betul atau tidak terma ini) Andrea sangat kreatif dan bersahaja. Musykil bagaimana dia mendapat "ilmu" begitu. 
  7. Buku Andrea adalah buku wajib milik dan wajib baca!


Info

Bintang5
ISBNISBN 9786022914099
PenerbitBentang Pustaka
BahasaBahasa Indonesia
URLGoodreads




No comments:

Post a Comment

Contact Us

Name

Email *

Message *

Comments

Koleksi buku peribadi. Ada yang mahu diarkibkan, dan mungkin juga ada yang mahu dijual semula. Dan juga perkongsian pandangan dan ulasan buku yang telah dibaca.
Catatan ini adalah pandangan peribadi dan tidak berbayar. Powered by Blogger.