Membaca Itu Mengembara. Benar, boi. Jangan dipersiakan hidup tanpa apa-apa. Membacalah. Membaca adalah satu kenderan kembara yang tidak punya had. Baca dan baca. Tahu-tahu, kau sudah tiba di dunia yang luar biasa!

Saturday, May 12, 2018

Salam Kembara Pakistan (Siti Noridah Ab. Rahaman)

Salam Kembara Pakistan (Siti Noridah Ab. Rahaman)



Salam Kembara Pakistan oleh Siti Noridah Ab. Rahaman

  1. Ini buku ketiga penulis. Buku pertama (Afghanistan) beliau saya beli terus daripada dia. 
  2. Saya akui, saya tak membeli buku beliau yang kedua (India), disebabkan tidak begitu menikmati ceritanya di Afghanistan. 
  3. Saya memilih untuk membeli buku ketiga ini (semasa PBAKL 2018) disebabkan ada nama "Pakistan". Jarang ada (atau tak wujud) buku travel tempatan yang menceritakan tentang negara pecahan India ini. 
  4. Saya tabik pada keberanian penulis yang mengembara seorang diri ke bumi yang jarang kita dengar ceritanya. 
  5. Penulis sangat berani, yakin, hati kental, pandai bersosial (komunikasi) dan cekap mendapatkan maklumat. Ini memang ciri pengembara yang baik. 
  6. Walaupun sudah dinyatakan dirinya tidak "pandai" menulis, ceritanya sampai dan menimbulkan minat. Pengembaraan ini sebenarnya mencabar, tapi ceritanya "berbunyi" mudah. Penulis patut lebihkan sedikit "drama" atau emosi, barulah ummphh! :) 
  7. Selepas membaca buku ini, Pakistan sudah masuk dalam senarai negara yang mahu saya lawati. 
  8. Bumi Pakistan cantik, dan rakyatnya juga mesra. Aduhai! Kalau saya seberani penulis, memang saya ke sana seorang diri. 
  9. Pakistan, mu tunggu aku datang.


Info

Bintang4
ISBN9789671354223
PenerbitSNAR Enterprise
BahasaBahasa Malaysia
URLGoodreads



No comments:

Post a Comment

Contact Us

Name

Email *

Message *

Comments

Koleksi buku peribadi. Ada yang mahu diarkibkan, dan mungkin juga ada yang mahu dijual semula. Dan juga perkongsian pandangan dan ulasan buku yang telah dibaca.
Catatan ini adalah pandangan peribadi dan tidak berbayar. Powered by Blogger.