Membaca Itu Mengembara. Benar, boi. Jangan dipersiakan hidup tanpa apa-apa. Membacalah. Membaca adalah satu kenderan kembara yang tidak punya had. Baca dan baca. Tahu-tahu, kau sudah tiba di dunia yang luar biasa!

Thursday, May 15, 2014

Budak Beca | Ishak Haji Muhammad @ Pak Sako

Sumber; ITBM


Budak Beca oleh Ishak Haji Muhammad
Nilaian: 4 of 5 stars

Menarik. Sejak mula "kembali" membaca, buku ini adalah antara buku "zaman dahulu kala" yang menjadi koleksi. Pak Sako menceritakan gaya hidup pada zaman pra-merdeka. Sisi yang kelabu dan gelap. Sedikit rimas dengan cerita begini, tetapi mungkin itulah kisah sebenar yang terjadi pada waktu itu. Kehadiran Mustapha sebagai "pembimbing" mencerahkan hidup Mamat. Realitinya, sentiasa ada manusia yang ingin membawa manusia lain yang hanyut dengan kehidupan dunia. Itu mengajar kita juga. Kita yang ada akal fikir, perlu teliti dalam merencana hidup. Hidup bukan sekadar untuk suka-suka. Kita hidup, mahu mencari syurga.

Cerita-cerita, syair, pantun, sajaknya juga banyak mengajar! Hebat.

Ulasan buku yang lain

No comments:

Post a Comment

Contact Us

Name

Email *

Message *

Comments

Koleksi buku peribadi. Ada yang mahu diarkibkan, dan mungkin juga ada yang mahu dijual semula. Dan juga perkongsian pandangan dan ulasan buku yang telah dibaca.
Catatan ini adalah pandangan peribadi dan tidak berbayar. Powered by Blogger.