Membaca Itu Mengembara. Benar, boi. Jangan dipersiakan hidup tanpa apa-apa. Membacalah. Membaca adalah satu kenderan kembara yang tidak punya had. Baca dan baca. Tahu-tahu, kau sudah tiba di dunia yang luar biasa!

Wednesday, June 20, 2018

Impian Jalanan (Teme Abdullah)

Impian Jalanan (Teme Abdullah)



Impian Jalanan oleh Teme Abdullah

  1. Kali ini Teme mengkisahkan hikayat diri "sebelum dan selepas" cerita dari buku-buku pertama dan kedua. 
  2. Masih mengekalkan konsep pengajaran dalam hidup yang sangat relevan dan tergunapakai untuk sesiapa saja. 
  3. Nilai-nilai persahabatan, keluarga, percaya diri dan tidak lupa untuk bermuhasabah menjadi intipati cerita. Teme mengingatkan (tanpa gaya "tazkirah") akan tujuan hidup. Apa yang mahu dicapai, dan untuk siapa? Untuk Yang Maha Esa, untuk diri sendiri atau untuk kepuasan mata manusia? 
  4. Sedikit sebanyak, perkongsian Teme berkait dengan diri sendiri. Saya, satu ketika, sangat "ambitious" untuk mencapai kejayaan dan nikmat duniawi. Mahu mencari pangkat dan jawatan, mahu kesenangan harta. Hasilnya saya jadi stress, kecewa dan merasakan diri saya useless. Mujur, masih diberi hidayah (kalau itu perkataan yang sesuai) dan sedikit demi sedikit nafus duniawi semakin terlerai. 
  5. Buku Teme (Arkitek/Pelukis/Impian Jalanan) sangat bagus untuk dibaca dan diambil ikhtibar, tak kira peringkat umur. 
  6. Oh! 4 bintang itu hanya disebabkan jalan ceritanya masih menggunakan Ahmad dan Iskandar sebagai tunjang utama. Bukan, persahabatan begitu adalah baik. Cuma ianya agak sama seperti buku yang kedua, jadi ada kalanya terasa seperti mengulang baca buku sebelumnya. Isinya baik. Tidak ada masalah, Teme mengutarakan isu yang berbeza. 
 ____
Berbaloi untuk dibaca.
#impianjalanan

Info

Bintang4
ISBN9789832423553
PenerbitIman Publication
BahasaBahasa Malaysia
URLGoodreads



No comments:

Post a Comment

Contact Us

Name

Email *

Message *

Comments

Koleksi buku peribadi. Ada yang mahu diarkibkan, dan mungkin juga ada yang mahu dijual semula. Dan juga perkongsian pandangan dan ulasan buku yang telah dibaca.
Catatan ini adalah pandangan peribadi dan tidak berbayar. Powered by Blogger.