Membaca Itu Mengembara. Benar, boi. Jangan dipersiakan hidup tanpa apa-apa. Membacalah. Membaca adalah satu kenderan kembara yang tidak punya had. Baca dan baca. Tahu-tahu, kau sudah tiba di dunia yang luar biasa!

Sunday, June 10, 2018

Seorang Tua di Kaki Gunung (Azizi Haji Abdullah)

Seorang Tua di Kaki Gunung (Azizi Haji Abdullah)


Seorang Tua di Kaki Gunung oleh Azizi Haji Abdullah

  1. Ini buku beliau yang pertama saya baca, tapi tajuk buku ini bukanlah sesuatu yang janggal di telinga. Apatah lagi pada dekad 80-an ada satu siri televisyen yang menggunakan tajuk yang sama. Saya pernah menonton, tapi sudah ingat-ingat lupa. 
  2. Saya kira, watak utama Tukya membawa watak seorang yang merajuk, orang tua yang terluka. Juga, orang yang sudah tercalar egonya. Saya kurang setuju kalau dikatakan Tukya seorang pendendam. 
  3. Kesungguhan Tukya membuat perkara-perkara yang melawan usia (mencari madu, menebang pokok) semata-mata sebab kasihnya pada darah daging sendiri. Terluka, tapi masih sayang. Cuma cara sayangnya cara orang sudah lanjut usia, dan tak menjadi kehairanan juga sifat orang yang berumur hatinya mudah terusik. 
  4. Tukya berulang-kali mengatakan semua orang di keliling menentangnya, walhal sebenarnya Tukya bagai memusuhi diri sendiri. Bermusuhan antara kudrat dan usia. Yang akhirnya menimbulkan kecelakaan pada diri sendiri. 
  5. Besah, isteri yang setia. Melawan, cara yang masih menghormati suami. Itupun setelah melihat rajuk Tukya yang semakin melarat. Tapi Besah, tetap sayang pada Tukya. Kasihnya utuh walaupun Tukya tidak ada lagi di depan mata. 
  6. Fikri, aduhai. Anak yang berperangai klise apabila sudah mula terasa selesa dengan kehidupan, berbanding sewaktu hidup bersama Tukya dan Besah. Mulutnya lancang, seperti mulut isteri dan anak sulung mereka. 
  7. Mungkin Fitri sama saja seperti Tukya. Ego, keras kepala dan mula berjauh hati apabila tidak bersependapat. Hai lah anak. Ayahmu sudah tua, dia hanya mahu kasih dan cinta. Harta bukan lagi ada dalam cita. 
  8. Dalam hidup, begitulah. Ayah kita ketika berumur 20 tahun, takkan sama lagi dengan ayah yang berumur. Hidup juga semakin berbeza alam dan persekitaran. 
  9. Saya khayal dengan penceritaan Tuan Azizi. Saya suka suasana rumah kampungnya. Saya suka dengan toleransi dan muafakat orang kampung. Saya suka pengetahuannya yang mantap dengan suasana hutan rimba. Saya juga tertanya-tanya kitab apa yang dirujuk Tukya dalam hal merancang pembinaan rumah barunya. Penulis bukan menulis kosong. 
  10. Walaupun ada tempias cerita Srengenge dalam cerita ini, ianya tetap memberi kepuasan yang tersendiri.


Info

Bintang5
ISBN9831378342 (ISBN13: 9789831378342)
PenerbitDewan Bahasa & Pustaka
BahasaBahasa Malaysia
URLGoodreads



1 comment:

Contact Us

Name

Email *

Message *

Comments

Koleksi buku peribadi. Ada yang mahu diarkibkan, dan mungkin juga ada yang mahu dijual semula. Dan juga perkongsian pandangan dan ulasan buku yang telah dibaca.
Catatan ini adalah pandangan peribadi dan tidak berbayar. Powered by Blogger.