Sempadan Asing oleh Fandy Taher
- Buku travel yang baik bagi saya ialah buku yang akhirnya memaksa saya mencari maklumat tentang lokasi travel yang dicatat sama ada di Youtube, Google Maps atau sekurang-kurangnya Wikipedia. Ini kerana penulis "berjaya" meyakinkan saya tempat itu berbaloi untuk dilawat.
- Hanya catatan daripada Fandy Taher yang membuatkan saya berbuat demikian. Selain catatannya yang lebih memberi kepuasan dari segi pembacaan. Tulisannya berisi.
- Fandy Taher disarankan membuat bukunya sendiri. Perjalanan Indo-china bukan perjalanan pendek, dan pastinya lebih banyak cerita yang menarik.
- Secara fizikalnya, buku ini agak berat. Mungkin disebabkan kualiti kertasnya yang baik.
- Namun persembahan isi (teks, perenggan) agak membosankan. Dan, kualiti gambar juga menyedihkan. Gambar "pecah", gelap.
Berbaloi untuk dibaca.
Info
Bintang 3 ISBN 97896714136 Penerbit Garage Creative Bahasa Bahasa Malaysia URL Goodreads
No comments:
Post a Comment