Membaca Itu Mengembara. Benar, boi. Jangan dipersiakan hidup tanpa apa-apa. Membacalah. Membaca adalah satu kenderan kembara yang tidak punya had. Baca dan baca. Tahu-tahu, kau sudah tiba di dunia yang luar biasa!

Sunday, May 22, 2016

Geng Cuci Masjid (Annas Aiman Jaffry)

Geng Cuci Masjid (Annas Aiman Jaffry)


Geng Cuci Masjid oleh Annas Aiman Jaffry

Dalam kekalutan menyiapkan tugas, kemudian berkelana ke luar daerah, akhirnya selesai juga saya mengembara bersama tiga anak muda hebat ini.

Allahu.

Hebat sungguh azam dan kegigihan mereka melaksanakan impian murni yang tak tersangkal, mencuci masjid di tanah semenanjung. 140 buah masjid kesemuanya, di 11 negeri. Lapan bulan, kaki mereka meninggalkan jejak merata-rata di bumi bertuah Malaysia.

Ada kisah-kisah yang manis, dan ada yang pahit. Silaturrahim terjalin. Dugaan melanda. Tapi ukhuwah persahabatan dan persaudaraan antara 3 hero ini memungkinkan mereka menamatkan kembara.

Sampai sekarang saya masih kagum.

Entah bila saya pula boleh berkembara. Kembara yang bermanfaat. Kembara yang membentuk diri.

Izinkan, Ya Rahman.

Info

Bintang5
ISBNISBN 9789675780684
PenerbitUtusan Karya
BahasaBahasa Malaysia
URLGoodreads

No comments:

Post a Comment

Contact Us

Name

Email *

Message *

Comments

Koleksi buku peribadi. Ada yang mahu diarkibkan, dan mungkin juga ada yang mahu dijual semula. Dan juga perkongsian pandangan dan ulasan buku yang telah dibaca.
Catatan ini adalah pandangan peribadi dan tidak berbayar. Powered by Blogger.