Membaca Itu Mengembara. Benar, boi. Jangan dipersiakan hidup tanpa apa-apa. Membacalah. Membaca adalah satu kenderan kembara yang tidak punya had. Baca dan baca. Tahu-tahu, kau sudah tiba di dunia yang luar biasa!

Thursday, May 15, 2014

Adik Datang | A. Samad Said

Sumber gambar; http://azamireaders.blogspot.com

Adik Datang oleh A. Samad Said
Nilaian: 4 of 5 stars

Membaca kisah kehidupan pada zaman sebelum peperangan melanda bumi Tanah Melayu. Kisah-kisah seputar masyarakat kampung. Ada kisah perjuangan. Bukan perjuangan fizikal menentang musuh yang nyata, tetapi lebih kepada perlawanan menentang, atau mungkin sebenarnya perjuangan untuk cuba bersatu dengan rasa sengsara.

Kalau tidak kuat untuk menentang, terima sahaja dan teruskan kehidupan.

Mungkin itu lah intipatinya.

Habis membaca, ada rasa bercampur aduk dengan kesudahannya. Ada rasa tidak puas. Penyudah masalah ada yang terlalu mudah. Ada yang tergantung.

Dan saya gagal pula untuk mengurangkan "bintang" disebalik segala "kekurangan" ini.

Buntu juga.

Ulasan buku yang lain

No comments:

Post a Comment

Contact Us

Name

Email *

Message *

Comments

Koleksi buku peribadi. Ada yang mahu diarkibkan, dan mungkin juga ada yang mahu dijual semula. Dan juga perkongsian pandangan dan ulasan buku yang telah dibaca.
Catatan ini adalah pandangan peribadi dan tidak berbayar. Powered by Blogger.