Membaca Itu Mengembara. Benar, boi. Jangan dipersiakan hidup tanpa apa-apa. Membacalah. Membaca adalah satu kenderan kembara yang tidak punya had. Baca dan baca. Tahu-tahu, kau sudah tiba di dunia yang luar biasa!

Friday, June 13, 2014

Memoir Seorang Juruhebah | Zainal Abas

Sumber; http://www.itbm.com.my/catalogue/buku/memoir_seorang_juruhebah/

Memoir Seorang Juruhebah oleh Zainal Abas
Nilaian: 4 of 5 bintang

Akhirnya!

Tamat membaca buku ini setelah sekian lama dibawa ke hulu hilir. Membaca kisah perjalanan kerjaya juruhebah bernama Zainal Abas ini cukup panjang. Buku setebal 405 mukasurat ini mengkisahkan pengalaman pahit manis beliau sepanjang menjadi juruhebah di Angkasapuri.

Jujurnya, aku tidak ingat/kenal dengan Zainal Abas. Bila disebut beliau lah "Abang Chik" apabila bergandingan dengan Kak Yong, aku mengimbas memori yang samar-samar. Kak Yong, memang kegemaran kebanyakkan kanak-kanak waktu kemuncaknya. Zainal Abas? Tidak ingat. Zainal Din Zainal, Prema itu aku kenal lah.

Perkongsian riwayat hidup Kasajiza AS ini, ada yang menyayat hati. Kisah kehilangan anak kecilnya sedikit meruntun jiwa. Aku yang ada anak kecil ini, serta merta terkesan dengan kesedihan yang melanda. Tabahnya bapa ini, harus dijadikan teladan. Beliau masih kuat walaupun anak sudah merapatkan mata, aku ini kalau anak demam panas sudah hampir merana!

Aku juga gemar dengan dedikasi dan tanggungjawab beliau dalam melaksanakan tugas. Homework yang dilaksanakan membantu beliau melancarkan tugas sebagai juruhebah. Juruhebah bukan hanya pandai bercakap, tetapi juga perlu ilmu. Ini yang juruhebah masakini jauh kekurangan. Zainal Abas punyai bakat dalam puisi, jadi sudah tentu membantu beliau dalam menyusun kata. Mungkin ini yang menjadi faktor pesona kegemilangan beliau waktu itu.

Pendirian, kesungguhan beliau masih relevan untuk dijadikan panduan dalam menempuhi kehidupan seharian.

Aku bagi empat bintang lah!

Ulasan buku yang lain

No comments:

Post a Comment

Contact Us

Name

Email *

Message *

Comments

Koleksi buku peribadi. Ada yang mahu diarkibkan, dan mungkin juga ada yang mahu dijual semula. Dan juga perkongsian pandangan dan ulasan buku yang telah dibaca.
Catatan ini adalah pandangan peribadi dan tidak berbayar. Powered by Blogger.