Membaca Itu Mengembara. Benar, boi. Jangan dipersiakan hidup tanpa apa-apa. Membacalah. Membaca adalah satu kenderan kembara yang tidak punya had. Baca dan baca. Tahu-tahu, kau sudah tiba di dunia yang luar biasa!

Thursday, August 28, 2014

Ulu Yam di Liverpool | Nazali Noor

Sumber; http://www.nazalinoor.com/uydl/


Ulu Yam Di Liverpool oleh Nazali Noor
Nilaian: 4 daripada 5 bintang

Membaca kisah perjalanan hidup "Onn" sangat menginspirasi. Apatah lagi ada sedikit persamaan peribadi dengan "budak ulu" ini. Saya juga orang Minangkabau, saya juga berkahwin dengan orang Kedah! Dan cita-cita untuk menjadi pensyarah, masih segar di dalam hati. Membaca perjalanan hidup Onn, saya terinspirasi.

Inspirasi dengan hubungan kekeluargaannya, insipirasi dengan kecekalan untuk mencabar keupayaan diri untuk keluar dari kepompong keselesaan. Semuanya menginspirasi!

Terima kasih tuan. Mana yang bersesuaian, akan saya contohi. Terutamanya dalam hal berkaitan keluarga, khususnya ibu bapa.

Sebagai permulaan, esok saya ajak mak dan abah untuk bersarapan bersama! :)

Ulasan buku yang lain

No comments:

Post a Comment

Contact Us

Name

Email *

Message *

Comments

Koleksi buku peribadi. Ada yang mahu diarkibkan, dan mungkin juga ada yang mahu dijual semula. Dan juga perkongsian pandangan dan ulasan buku yang telah dibaca.
Catatan ini adalah pandangan peribadi dan tidak berbayar. Powered by Blogger.