Membaca Itu Mengembara. Benar, boi. Jangan dipersiakan hidup tanpa apa-apa. Membacalah. Membaca adalah satu kenderan kembara yang tidak punya had. Baca dan baca. Tahu-tahu, kau sudah tiba di dunia yang luar biasa!

Friday, September 6, 2013

Seyogia | Amal Hamsan


Sumber; http://penceritamaya.blogspot.com

Seyogia by Amal Hamsan
My rating: 4 of 5 stars

Bagus!

Gigih membaca supaya cepat habis. Tidak mahu bertangguh-tangguh, takut kehilangan khusyuk dan rentak. Buku ini lain daripada kebiasaan. Cerita berkisar kehidupan yang agak memberontak. Bukan agak, tapi memang memberontak. Sedikit terkejut dengan penggunaan bahasa, mungkin kerana penulisnya mahu menjadikannya lebih hampir kepada suasana nyata dan realiti. Iya lah, kalau buku cinta biasa-biasa, kehidupan watak-wataknya selalunya sempurna. Tidak bagi Seyogia.

Keseluruhannya, bagus. Cuma bila terlalu banyak kejadian mati, sedikit sebanyak sudah terasa seperti drama. Bayangkan, jarak waktu setiap watak yang mati tidak jauh antara satu sama lain. Pasrah sahaja? Orang Melayu bukan kah kuat emosinya? Pada pendapat aku. Ini sahaja yang kurang berkenan.

View all my reviews

No comments:

Post a Comment

Contact Us

Name

Email *

Message *

Comments

Koleksi buku peribadi. Ada yang mahu diarkibkan, dan mungkin juga ada yang mahu dijual semula. Dan juga perkongsian pandangan dan ulasan buku yang telah dibaca.
Catatan ini adalah pandangan peribadi dan tidak berbayar. Powered by Blogger.